Syarat Penginapan di WardaHomestay, Bandar Bera, Pahang
SYARAT PENGINAPAN WARDAHOMESTAY BERA
(BANDAR BERA, PAHANG)
WAKTU CHECK-IN & CHECK-OUT
Daftar masuk / Check-in: 3:00 petang
Daftar Keluar / Check-out: 12:00 tengahari
PENGENALAN DIRI
WARDAHOMESTAY BERA hanya membenarkan tetamu yang sah berdaftar sahaja menginap. Tetamu perlu menunjukkan kad pengenalan/pasport kepada pengurus homestay semasa mendaftar masuk (check-in). Tetamu yang membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa mendaftar masuk dan wajib menyerahkan satu salinan fotostat kad pengenalan. Pihak homestay tidak akan memberi kunci rumah kepada wakil.
TETAMU
WARDAHomestay tidak menghadkan jumlah penginap di dalam rumah. Bilangan bantal disediakan di rumah sewa ialah 9. Jadi untuk keselesaan jumlah tetamu ialah 9 orang. (Percampuran antara lelaki dan perempuan tidak berkahwin atau bukan ahli keluarga tidak dibenarkan sama sekali).
MEROKOK
Atas alasan keselamatan, merokok adalah dilarang sama sekali di dalam rumah. Wang deposit akan ditolak sepenuhnya.
BINATANG PELIHARAAN
Dilarang membawa masuk binatang peliharaan ke dalam rumah.
BARANG LARANGAN
Adalah dilarang membawa arak, makanan tidak halal, dadah atau apa jua barangan larangan yang salah di sisi undang-undang ke dalam rumah.
SAMPAH
Sila buang sampah ke dalam bakul dan tong sampah yang disediakan oleh pihak homestay. Dilarang membuang sampah merata-rata.
KESELAMATAN
Penginap bertanggungjawab menjaga keselamatan diri, rumah dan barang-barang yang disediakan sepanjang masa menginap di WardaHomestay. Jika ingin keluar meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang atau malam pastikan pintu dan tingkap ditutup dan dikunci.
SUIS ELEKTRIK
Semua suis elektrik hendaklah ditutup selepas digunakan. Penginap hendaklah memastikan semua suis seterika, kipas, lampu, aircond, dan rice cooker ditutup apabila ingin meninggalkan rumah.
DAPUR MEMASAK
Penginap bertangggungjawab sepenuhnya dalam memastikan api dapur memasak ditutup apabila selesai menggunakannya. Pastikan api dapur ditutup sebelum meninggalkan rumah untuk elakkan berlakunya kebakaran dan kejadian yang tidak diingini.
KETENTERAMAN
Penginap tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangga yang berdekatan.
KEROSAKAN/KECURIAN
Tetamu yang menginap di WardaHomestay tidak dibenarkan dengan sengaja merosakkan atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan bagi kemudahan rumah sewa. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak homestay berhak menuntut gantirugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
BARANGAN RUMAH
Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran dari pihak pengurusan.
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN
Daftar masuk bermula jam 3 petang dan daftar keluar adalah sebelum jam 12 tengahari. Sila patuhi bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam kerja-kerja pembersihan dan housekeeping.
SUSUN ATUR BARANGAN & ALATAN
Pastikan semua barangan dan alatan diletakkan di tempat asal sebelum anda check out.
Jutaan terima kasih kerana memilih WardaHomestay.
Semoga penginapan anda sekeluarga di WardaHomestay mencoret kenangan manis.
"KESELESAAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"
Comments
Post a Comment