Macam mana nak buat tempahan?


 Cara Tempahan WardaHomestay


Berikut adalah langkah-langkah membuat tempahan WardaHomestay:

1. Anda boleh menghubungi WardaHomestay secara menelefon atau WhatsApp nombor berikut: 013-850 5536 (Hanya nombor ini sahaja. Awas scammer jika selain nombor ini).

2. Selepas mendapat pengesahan tarikh check-in dan check-out, anda dikehendaki membayar wang deposit mengikut sewa bulanan, mingguan atau harian. Deposit ini adalah sebagai pengesahan tempahan dan wang cagaran kerosakan. Bayaran sewa perlu dijelaskan selewatnya ketika pendaftaran masuk (check-in). Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan dilakukan oleh anda dalam masa kurang 7 hari dari tarikh daftar masuk. Deposit cagaran kerosakan akan dipulangkan secara online transfer sekiranya tiada kerosakan dan tidak merokok di dalam rumah.

3. Pembayaran wang deposit dan sewa boleh disalurkan secara bank-in atau transfer ke akaun berikut:

Bank: PUBLIC BANK
Pemegang Akaun: RAWAIDA BINTI OSMAN
No Akaun: 69263386XX
Recipient's Reference: WardaHomestay

4. Setelah anda selesai membuat bayaran deposit, sila WhatsApp (013-8505536) perkara-perkara berikut kepada kami:
(a) Slip Bayaran
(b) Salinan Kad Pengenalan. (Atau dibawa semasa check-in)
(c) Tarikh Daftar Masuk (check-in) dan Tarikh Daftar Keluar (check-out).
(d) No Telefon / E-mel (jika ada)
5. Slip pengesahan maklumat tempahan akan dihantar kepada anda melalui e-mel atau WhatsApp setelah pembayaran deposit diterima pihak pengurusan.
6. Jumpa anda semasa hari daftar masuk di WARDA!


"KESELESAAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

Comments

Popular posts from this blog

WARDAHOMESTAY BERA FULLY FURNISHED [MUSLIM & MUHRIM SAHAJA]

WARDA HOMESTAY, Bandar Bera, Pahang [FOTO KEMUDAHAN]